Wednesday, December 14, 2016

HEMOHIM ATOMY - PENGUAT IMUN TUBUH ANTI KANSER

HemoHIM di pasaran Malaysia tahun 2016/2017 ini adalah satu produk supplement kesihatan penemuan terkini oleh sekumpulan saintis PHd, pakar teknologi atom Korea Selatan dan produk ini mula berada di pasaran Korea pada tahun 2010, diedarkan oleh syarikat Atomy Korea. Benar kah produk HemoHIM yang begitu mendapat sambutan hangat di negara berkenaan amat baik untuk rawatan cancer dan dapat membantu memulihkan masalah kesihatan lain?

Sejarah HemoHIM bermula apabila lebih 3000 orang saintis dan pakar di pusat tenaga atom/nuklear Korea Selatan (KAERI) meminta pemerintah Korea Selatan melakukan sesuatu dalam usaha melindungi keselamatan para saintis berkenaan yang amat berisiko terdedah kepada persekitaran radiasi nuklear atom yang boleh menyebabkan barah atau kanser. Akhirnya kerajaan Korea bersetuju memperuntukkan grant bernilai lebih 5 juta dollar US kepada pusat berkenaan dan memberi masa 10 tahun kepada kumpulan berkenaan untuk mencari satu penemuan produk bersumberkan alam semula jadi tempatan. Sekiranya kumpulam berkenaan gagal dalam teomph masa yang diberi, program penyelidikan tersebut harus dihentikan. Dengan usahasama dan kegigihan kumpulan saintis berkenaan, akhirnya membawa kepada penemuan produk HemoHIM ini pada tahun ke lapan research mereka. Jelaslah bahawa HemoHIM asalnya adalah untuk kegunaan dan manfaat kumpulan 3000 orang lebih saintis nuklear Korea Selatan di Pusat Tenaga Atom negara berkenaan.

Tonton Berita TV Korea tentang HemoHIM di https://youtu.be/BcTBr6NiT8s



———————————————————————————

APA SEBENARNYA HemoHIM INI?

HemoHIM adalah satu supplement baru dengan fungsi imun khusus yang telah dihasilkan dari Angelica Radix, Chuanxiong Rhizoma dan Paeoniaen Alba Radix melalui kejuruteraan biologi dan teknologi radiasi.

HemoHIM adalah singkatan perkataan yang bermaksud:

Hemoglobin: Hemoglobin membawa oksigen dari paru-paru keseluruh badan di mana ia mengeluarkan oksigen untuk membakar nutrien bagi menyediakan tenaga untuk fungsi metabolisme dalam tubuh badan.
Hemopoiesis: Pembentukan darah.
Imune: Sistem Imun tubuh
Modulasi: Mengawal

Pada asasnya pengambilan HemoHIM akan menguatkan dan dapat mengawal sistem imun tubuh manusia, membantu tubuh menghasilkan hemoglobin iaitu sel darah baru dan segar. HemoHIM dipatenkandi Amerika Syarikat dan beberapa negara lain termasuk di Korea Selatan sebagai satu "komposisi herba untuk meningkatkan aktiviti anti kanser, tindak balas imun dan hematopoiesis badan, dan melindungi tubuh daripada kerosakan oksidatif".

Lihat Paten HemoHIM AS:
http://www.directorypatent.com/US/06964785.html

HemoHIM adalah supplement kesihatan dan BUKAN katogeri ubat. Namun produk ini memberi kesan baik khusus dalam mengukuhkan sistem imun tubuh. Dan bahan-bahan utamanya adalah agak eksotik iaitu herba Angelica Radix, Chuanxiong Rhizoma dan Paeoniaen Alba Radix. Ini adalah herba yang ditanam di ladang bersih Korea Selatan dan telah digunakan secara meluas dalam ubat-ubatan herba oriental selama berabad-abad.

PEMBANGUNAN HemoHIM
Seperti disebut diawalnya HemoHIM adalah nama projek penyelidikan kerajaan oleh sepasukan Ph.D. saintis di Institut Penyelidikan Tenaga Atom Korea Selatan (KAERI). Kerajaan Korea Selatan telah mencadangkan projek untuk mewujudkan satu penemuan bahan baru yang radikal akan meningkatkan sistem imun manusia untuk melindungi ahli-ahli sains negara tersebut yang paling bernilai di KAERI kerana mereka mereka ini mempunyai peluang mendapat barah/cancer yang lebih tinggi kerana terdedah kepada radiasi nuklear berbanding dengan orang lain. Pasukan saintis itu telah mengkaji lebih daripada 1,000 pelbagai jenis herba untuk mencipta bahan yang sesuai untuk mencapai objektif projek. Untuk berbuat demikian, ia mengambil masa kira-kira 8 tahun dengan dana pemerintah Korea lebih daripada 5 juta dolar. Pada akhir penamat projek itu, kerajaan Korea telah memutuskan untuk mengkomersialkan penemuan baru ini agar ia turut dapat dimanfaatkan orang awam yang memerlukan. Sebenarnya bukan sahaja ahli-ahli sains yang bekerja dengan pusat tenaga atom dipengaruhi oleh radiasi malah kita semua ikut terdedah kepada radiasi dalam aktiviti seharian kita seperti penggunaan telefon bimbit dan pengujian x-ray misalnya. Akhirnya nama HemoHIM yang asalnya adalah nama projek research para saintis Korea itu turut dijadikan nama produk untuk penemuan terbaru itu dan kini ianya telah ditawarkan kepada orang awam.

Terdapat tiga organisasi utama yang terlibat dalam pengeluaran HemoHIM:
1. Institut Korea Tenaga Atom Penyelidikan (KAERI): Bertanggungjawab ke atas penyelidikan dan pembangunan formula HemoHIM itu.
2. Kolmar BNH Co. Ltd. (SBT): Syarikat bertanggungjawab untukmembuat bahan sebenar dengan formula yang diberikan oleh KAERI.
3. Atomy America Inc .: Satu-satunya pengedar HemoHIM.

Pada awalnya Atomy bukannya pengedar HemoHIM. Produk ini asalnya diedarkan oleh sebuah syarikat lain dimana HemoHIM dijual pada harga $1,200 sekotak untuk bekalan satubulan. Apabila kerajaan Korea Selatan mendapati syarikat berkenaan menjual pada harga yang tidak masuk akal dan membuat keuntungan luar biasa (kerana permintaan terhadap produk sangat tinggi), pemerintah Korea akhirnya menarik kontrak dengan syarikat itu kerana mereka melanggar perjanjian untuk memastikan HemoHIM mampu dibeli ramai rakyat biasa. Apa tah lagi HemoHIM dibangunkan dengan menggunakan wang cukai rakyat biasa Korea. Keindahan dan baiknya HemoHIM adalah kerana bahan-bahan yang sedia ada dalamnya bersumberkan semula jadi yang tidak tercemar, bersih dan dari sumber alam Korea Selatan sendiri. Ketiga-tiga bahan utama itu memang telah digunakan secara meluas sejak berabad-abad dulu sebagai ubat-ubatan herba dan teknologi KAERI yang mengambil herba biasa ini dan menghasilkannya dalam bentuk yang lebih hebat kesan perubatannya. Walaupun HemoHIM amat baik namun jika ianya terlampau mahal untuk dimiliki, maka orang biasa seperti anda dan saya tidak akan mampu untuk mengambilnya setiap hari.

No comments:

Post a Comment