Saturday, January 7, 2017

BALANCED LIFE

Assalamualaikum dan Selamat petang ahli-ahli di sini.

Apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini memerlukan kita mempunyai matlamat yang jelas. Matlamat kita ialah untuk menjadi seorang insan Berjaya. Sebenarnya kejayaan manusia Allah telah tetapkan HANYA dalam agama yakni taat perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad saw. Berjaya di sini bermaksud kita akan masuk syurga kerana kita tidak akan mampu untuk masuk neraka walau seketika. Itulah kejayaan sebenar dan saya doakan semua ahli-ahli di sini mendapat kejayaan yang hakiki.

Dalam satu juzuk kehidupan di dunia ini, kita disuruh mencari rezeki. Salah satu usaha kita untuk mendapat rezeki ialah dengan cara menyertai perniagaan Atomy ini. Kita niatkan apa yang kita lakukan ini semata-mata kerana Allah untuk memperbaiki kehidupan sediada kita agar memudahkan kita beribadat kepadaNya dan membelanjakan sebahagiannya di jalan  Allah supaya kita mempunyai bekalan yang mencukupi di akhirat nanti sebagai pra-syarat untuk memasuki syurga. Kalau untuk Berjaya di akhirat kita mesti mempunyai matlamat yang jelas, begitu juga dengan di dunia ini. Kita wajib mempunyai matlamat yang jelas.

Oleh yang demikian, setiap kita WAJIB mempunyai matlamat yang jelas. Di Atomy, walaupun ianya diterajui oleh orang bukan Islam, mereka juga menganjurkan balanced life (kehidupan seimbang). Menurut mereka, A balanced life is to live well, to love, to learn and to contribute. Kita sebagai orang Islam percayakan ada kehidupan sebenar selepas mati. Oleh itu, di samping yang 4 di atas, kita sesuaikan dengan kepercayaan kita supaya apa yang kita lakukan atau usahakan selari dengan kehendak  Allah swt serta mendapat keredhaan dariNya.



Jom kita update, My Life Scenario di dalam My Office, website Atomy kita. Untuk membolehkan kita login ke website Atomy kita, kita hendaklah sudah menjadi verified member. Oleh itu, kepada yang belum selesai verifikasi, selesaikanlah.

No comments:

Post a Comment